Selasa, Jun 19, 2007

RamALaN tUAh



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Walaupun demikian sebenarnya terdapat beberapa cara bagi mengetahui tuah seseorang. Salah satunya adalah melalui pengiraan tarikh lahir, caranya seperti berikut:

Contoh:

Tarikh lahir:
19 Mac 1977

Dipecahkan menjadi :
1 + 9 + 3 + 1977 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1

Jawapannya ialah 1 digit, seterusnya sila lihat daftar di bawah ini untuk mendapatkan analisa tuah yang dibawa dari tarikh lahir:

1. Tuah selalu menyertai kamu, meskipun kamu tidak pernah terlalu tergantung kepadanya. Biasanya disaat kamu sedang benar-benar memerlukannya, tuah itu dengan sendiri menyinari kamu. Namun, sifat berdikari kamu itulah yang sebenarnya yang menyebabkan mengapa kamu selalu bertuah.

2. Kamu cenderung berfikir semua orang lebih beruntung dibandingkan dengan kamu, tapi jika kamu mendapat restu dan sokongan dari orang lain, boleh dikatakan hampir tak ada yang tidak boleh kamu lakukan.

3. Apapun bidang kehidupan kamu lakukan akan selalu berhasil dan berjaya, asalkan kamu tekun dan konsisten dengan apa yang kamu lakukan serta mampu bertahan cukup lama pada salah satu bidang dan mencuba menyelesaikannya. Satu rahsia untuk berjaya: Tetaplah Konsisten dan berdaya tahan.

4. Kamu setuju bahwa setiap orang memiliki tuah masing-masing, tapi kamu adalah orang yang pertama yang selalu mengenalpasti keberadaannya. Terutama jika berbicara mengenai hubungan cinta.

5. Kamu merasa perlu menyenangkan semua orang yang ada di sekitar kamu. Tentunya ini akan kurang baik karena boleh menghalang pintu tuah kamu. Pintu tuah menuju cinta sejati dan kerjaya yang baik baru akan terbuka untuk kamu jika kamu mencuba mengurangi dan berhenti berusaha terlalu kuat untuk menyenangkan semua orang disekitar kamu.

6. Kamu sangat beruntung dikelilingi oleh mereka yang pemeduli dan menyayangi kamu, namun tetap saja kamu merasa tidak merasa beruntung dalam hubungan cinta.
7. Kamu pasti sering mengalami keajaiban kecil, disedari atau tidak. Terutama dalam hal cinta dan kewangan. Kamu akan sering menemukan dalam situasi yang tidak disangka-sangka.

8. Tuah akan mendatangi kamu dalam bentuk peluang atau kesempatan, dan itu hanya terjadi jika kamu mengambil keputusan dengan hati dan fikiran terbuka. Kata bermadah: “Kesempatan datang dengan tiba-tiba dan perginya juga dengan tiba-tiba, maka beruntunglah bagi mereka berjaya menangkapnya”.

9. Kamu memiliki kekuatan untuk menarik hampir semua orang yang kamu inginkan dalam hidup ini. Hal ini disebabkan karena tuah selalu menyertai kamu, bukan itu saja untuk orang-orang yang dekat dengan kamu pun akan ikut bertuah dengan tuah yang kamu pancarkan.

PeRinGaTaN: SeKAdaR PerMAiNan, PerCAyA JaNGaN.

Tiada ulasan: