Memaparkan catatan dengan label GaWAh-GaWAh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GaWAh-GaWAh. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 23, 2008

AiSYaH



Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri.

Perompak : "Sebelum kamu mati ku bunuh, sebutkan namamu!"

Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah".

Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu".

Lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata "Sebutkan namamu... Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku".

Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...".


KoMeN: PiNtaR HanTAp...

Isnin, Disember 24, 2007

PiNg-PoNg MiSteRi



Amer berumur 15 tahun, adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.

Tinggallah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya di dalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang di dalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal di sebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di universiti, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang 'centre', tetapi masih berbangga. Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor".

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tiada harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya "Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer.

"Apa dia" tanya bapa Amer.

Tetapi belum sempat Amer memberitahu misterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misterinya? Anda nak tau????

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>


Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya, huhu!

Isnin, November 19, 2007

ToPi



Sedang berjalan menghala ke arah balai, topi seorang anggota polis tiba-tiba melayang ditiup angin yang bertiup kencang. Suspek yang sedang diiringinya pantas berkata: ‘Tuan! Perlukah saya kejar topi itu?”

Jawab anggota polis berkenaan: “Apa, engkau ingat aku ni bodoh sangat? Kalau aku cakap ‘ya’, engkau bukan ambil topi tu, tapi engkau terus cabut lari. Hah!”

Suspek terkulat-kulat. Polis tersebut dengan muka bengis berkata lagi, “Sekarang engkau tunggu sini, biar aku ambil sendiri,” lalu polis berkenaan pun berlari mengajar topinya yang bergolek-golek di atas jalan, meninggalkan suspek seorang diri!





KoMeN: PaNDaI-PaNDaI SiLaHAu...

KiSaH OpiS



Rosman diterima bekerja sebagai pegawai perhubungan di sebuah jabatan kerajaan. Selepas melapor diri, pada hari pertama dia duduk dibiliknya, ia terus mendail.

“Tolong buatkan saya kopi, cepat!” katanya menengking.

“Maaf, awak salah sambungan. Awak tahu dengan siapa awak bercakap ni? Kata suara di hujung talian.”

“Tidak,” Jawab Rosman.

“Saya pengarah di jabatan ini, awak tahu? Balas suara itu.

Rosman terkejut. Barulah dia sedar dia tersalah dail,. Hajatnya mahu menghubungi kantin.

“Tuan tahu dengan siapa Tuan bercakap ni? Tanya Rosman.

“Tak, awak siapa?” balas pengarah itu.

“Kalau tak tahu bagus..? kata Rosman terus meletakkan gagang telefon.


KoMeN: BaKaRajA aNi MeSTi BaRaKaL, KaLaU iNDa JaDi SaSaBAn JaWaPNyA Tu.

Isnin, November 12, 2007

KaCAnG oH! KaCAnG




Setelah sehari suntuk berjalan akhirnya si bujang sampai ke rumah gadis idamannya, sayangnya semua dah keluar yang ada di rumah itu cuma seorang nenek.

"Duduklah dulu. Nanti nenek ambil minuman," kata si nenek.

Si bujang duduk di sofa nampak kacang sedap dalam piring. Kerana rasa lapar dimakannya kacang itu satu kerana rasa sedap di makan satu lagi dan akhirnya kacang pun tak berbaki.

Nenek datang membawa minuman lalu si bujang pun berkata: "Maaf nek, kacang sedap dah habis saya makan."

Nenek terlopong matanya terbeliak. "Kenapa, nek?" tanya si bujang.

"Kacang itu asalnya sebungkus coklat kerana nenek tak ada gigi nenek hisap jer, dan kacangnya nenek kumpul dalam piring…." Tetiba tekak si bujang terasa loya dan perutnya memulas.


KoMeN: BeRSoPaN SaNTuN Di RuMAh OrAnG... HeHeHe! YuMMy

Selasa, Jun 19, 2007

BaJu cINtA



Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baruberkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata:
"Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek."
"Yang kau telanjang tu kenapa!!!???" marah si nenek.
"Ini la BAJU CINTA saya" balas si cucu perempuannya.
"BAJU CINTA ??" si nenek kehairanan.
"Ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentusuami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini dihadapan nenek." pinta si cucu perempuannya.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbarusi isteri melayan sang suami. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapatidea. Fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapatmengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.
Sesampainya di rumah, si nenek tadi terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. Kemudian sinenek tadi pun menunggu si atok pulang. Beberapa ketika si atok pun pulang.Sebaik saja pintu di buka, si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu.
"Apa yang awak buat ni? Dah buang tabiat???" Marah si atok tadi. "Ini lah BAJU CINTA saya bang" kata si nenek tadi.
"BAJU CINTA???...... Kalau iya pun..... IRON la dulu baju tuh!! nampak sangat kedutnya....."

MoRaL: JaNGaN iKUt PaRAnGAi OrANg MuDa-MuDa, SaDAr-SaDAr TAh

BaNGaNg



Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Word Helpline (bantuan berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:
"Ridge Hall computer assistance; boleh saya bantu anda?"
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word."
"Masalah bagaimana tu encik?"
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang."
"Hilang?"
"Ya, ia hilang."
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?"
"Kosong, tak ada apa-apa."
"Tak ada apa-apa?"
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip."
"Adakah anda masih didalam Microsoft Word, atau anda telah keluar?"
"Macam mana saya nak tau?"
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?"
"Apa tu si-perom?"
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?""Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip."
"Adakah monitor anda ada power indicator?"
"Monitor tu apa?"
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV."
"Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?"
"Saya tak tahu."
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?"
"Rasa-rasanya."
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda."
"Yaa, terpasang."
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada duawayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?"
"Iya ke?."
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut"
"Okay, jumpa dah."
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa."
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?"
"Tak boleh."
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?"
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap."
"Gelap?"
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda."
"Tak boleh."
"Tak boleh? Kenapa?"
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik."
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?"
"Ada... saya simpan kat dalam almari."
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu."
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?"
"Iya, rasa-rasanya macam itulah."
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
"Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."

MoRAl: iLmU tANpA aMAl AdALah suATu PemBAziRAn, AmaL TanPA iLmU AdAlaH SepERti peRKarA tERseBUt di AtaS... sANdiRi MAu pIKir.

MaAF tUAn



Sepasukan tentera berlatih menembak di lapangan sasar. Malangnya salah seorang daripada mereka itu teruk betul bidikannya. Sepuluh tembakan dibuat, tapi tiada satu pun yang kena sasaran.

“Argghhh! Apa nak jadi dengan engkau ni, hah? Sergah kaptennya. Maaf tuan!! Tersasar tuan!! Jawab penembak itu tergigil-gigil.

Si kapten angkat jari telunjuk dan beri amaran keras: “Saya akan dekatkan sikit sasaran ke jarak lima meter tapi kalau tak kena jugak, siap!!!!

Tapi sedih, sama juga keputusannya. Sebutir pun tak kena. Tergigil-gigil anggota tentera itu menghadap kaptennya. “Maaf tuan! Tersasar lagi tuan!”

Kapten yang tengah angin satu badan pun apa lagi seraya memekik “Engkau ni memang bodoh. Kalau macam ni baik engkau pergi belakang berek, tembak kepala sendiri. Pergi sekarang jugak!!!”

Kerana patuh dengan arahan, anggota tentera yang lurus bendul itu pun pergi ke belakang berek. Beberapa saat kemudian terdengarlah bunyi tembakan dilepaskan. DAM! DAM! Ketika si kapten dan anggota-anggotanya panik dengan apa yang berlaku, si askar yang disangka sudah mati itu tiba-tiba keluar dari belakang berek dan berlari ke arah kaptennya. “Maaf tuan! Tersasar lagi!

MoRaL: "BaIk TAh cARi KerAJa LaIN YaNg InDa PaKAi PiSToL, LaGi SaLAmAt."

Isnin, Jun 18, 2007

SiAPa PaLInG HeBAt



Raja Rimba iaitu seekor singa sedang mengelamun, syok sendiri dengan kehebatannya. Tiba-tiba melintas seekor monyet. “Siapakah yang paling hebat di belantara ini?” Tanya raja binatang itu spontan.

“Siapa lagi kalau bukan tuanku,” jawab monyet terketar-ketar.

Tidak lama selepas itu, singa bertemu beruang. Soalan yang sama diajukan sekali lagi.

Oh Raja Singa! Tiadalah siapa dapat menandingi kekuatan tuanku,” jawab beruang. Megah singa dia bukan kepalang. Tiba-tiba muncul seekor gajah.

“Siapakah yang paling gagah di hutan ini? Tanya Sang Singa selepas mengaum beberapa ketika.

Sepantas kilat, gajah membelit badan singa dengan belalainya, menghempas Raja Rimba itu ke tanah beberapa kali dan memijak-mijak badan singa dengan sebelah kakinya.

Apabila gajah berhenti, singa lalu berkata sambil meringis kesakitan “Janganlah ganas begini hanya kerana kau tidak tahu jawapannya,”

MoRaL: JaNGan MaMAjaL, NaNTi KaNa HiNDiK oLEh GaJAh.

Sabtu, Jun 16, 2007

BOm TaNGaN



Suatu hari seorang lelaki terjumpa sebutir bom tangan dalam sebuah kotak. Diambilnya bom tersebut dan membaca arahan yang tertulis pada sekeping kertas.

1. Pastikan anda pegang bom ini dengan menggunakan sebelah tangan.
"Ya, aku pegangan dengan tangan kiri." kata lelaki tersebut.

2. Genggam pin di celah jari telunjuk dan hantu menggunakan tangan yang sebelah lagi.
"Okey!" kata lelaki tersebut.

3. Tarik pin dengan berhati-hati.
"Sudah." kata lelaki tersebut lalu menarik pin.

4. Buang pin itu melepasi bahu kiri anda.
"Okey!".

5. Bengkokkan lengan dan dapatkan posisi yang sesuai untuk membaling bom.
"Beres".

6. Amaran: Lakukan semua ini dalam masa lima saat…
KABBOOOMMMMM!!!!

MoRaL: "JaNGaN aMAi".

SaYAnG aBAnG



Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah gym eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "
"Hello?""Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... "
"Abang masih ada di gym lagi ke?"
"Iya.""Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?""Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kitaboleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Moral: "MoBIle jANgaN diAMpaIkAn-AMpaIkAn, TAruhh ARah yANg sALaMat dARi taNGaN-taNGaN yANg aMAi."