Isnin, Disember 31, 2007

Isnin, Disember 24, 2007

PiNg-PoNg MiSteRi



Amer berumur 15 tahun, adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.

Tinggallah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya di dalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang di dalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal di sebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di universiti, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang 'centre', tetapi masih berbangga. Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor".

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tiada harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya "Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer.

"Apa dia" tanya bapa Amer.

Tetapi belum sempat Amer memberitahu misterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misterinya? Anda nak tau????

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>


Ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya, huhu!

Sabtu, November 24, 2007

Isnin, November 19, 2007

KuLaM RaNaNg







KiT KaT











KoMeN: HaVe a KiT KaT, HaVe a ...

ToPi



Sedang berjalan menghala ke arah balai, topi seorang anggota polis tiba-tiba melayang ditiup angin yang bertiup kencang. Suspek yang sedang diiringinya pantas berkata: ‘Tuan! Perlukah saya kejar topi itu?”

Jawab anggota polis berkenaan: “Apa, engkau ingat aku ni bodoh sangat? Kalau aku cakap ‘ya’, engkau bukan ambil topi tu, tapi engkau terus cabut lari. Hah!”

Suspek terkulat-kulat. Polis tersebut dengan muka bengis berkata lagi, “Sekarang engkau tunggu sini, biar aku ambil sendiri,” lalu polis berkenaan pun berlari mengajar topinya yang bergolek-golek di atas jalan, meninggalkan suspek seorang diri!





KoMeN: PaNDaI-PaNDaI SiLaHAu...

BMW AnTiK