Selasa, Jun 19, 2007

MaAF tUAn



Sepasukan tentera berlatih menembak di lapangan sasar. Malangnya salah seorang daripada mereka itu teruk betul bidikannya. Sepuluh tembakan dibuat, tapi tiada satu pun yang kena sasaran.

“Argghhh! Apa nak jadi dengan engkau ni, hah? Sergah kaptennya. Maaf tuan!! Tersasar tuan!! Jawab penembak itu tergigil-gigil.

Si kapten angkat jari telunjuk dan beri amaran keras: “Saya akan dekatkan sikit sasaran ke jarak lima meter tapi kalau tak kena jugak, siap!!!!

Tapi sedih, sama juga keputusannya. Sebutir pun tak kena. Tergigil-gigil anggota tentera itu menghadap kaptennya. “Maaf tuan! Tersasar lagi tuan!”

Kapten yang tengah angin satu badan pun apa lagi seraya memekik “Engkau ni memang bodoh. Kalau macam ni baik engkau pergi belakang berek, tembak kepala sendiri. Pergi sekarang jugak!!!”

Kerana patuh dengan arahan, anggota tentera yang lurus bendul itu pun pergi ke belakang berek. Beberapa saat kemudian terdengarlah bunyi tembakan dilepaskan. DAM! DAM! Ketika si kapten dan anggota-anggotanya panik dengan apa yang berlaku, si askar yang disangka sudah mati itu tiba-tiba keluar dari belakang berek dan berlari ke arah kaptennya. “Maaf tuan! Tersasar lagi!

MoRaL: "BaIk TAh cARi KerAJa LaIN YaNg InDa PaKAi PiSToL, LaGi SaLAmAt."

Tiada ulasan: