Isnin, Jun 18, 2007

SiAPa PaLInG HeBAt



Raja Rimba iaitu seekor singa sedang mengelamun, syok sendiri dengan kehebatannya. Tiba-tiba melintas seekor monyet. “Siapakah yang paling hebat di belantara ini?” Tanya raja binatang itu spontan.

“Siapa lagi kalau bukan tuanku,” jawab monyet terketar-ketar.

Tidak lama selepas itu, singa bertemu beruang. Soalan yang sama diajukan sekali lagi.

Oh Raja Singa! Tiadalah siapa dapat menandingi kekuatan tuanku,” jawab beruang. Megah singa dia bukan kepalang. Tiba-tiba muncul seekor gajah.

“Siapakah yang paling gagah di hutan ini? Tanya Sang Singa selepas mengaum beberapa ketika.

Sepantas kilat, gajah membelit badan singa dengan belalainya, menghempas Raja Rimba itu ke tanah beberapa kali dan memijak-mijak badan singa dengan sebelah kakinya.

Apabila gajah berhenti, singa lalu berkata sambil meringis kesakitan “Janganlah ganas begini hanya kerana kau tidak tahu jawapannya,”

MoRaL: JaNGan MaMAjaL, NaNTi KaNa HiNDiK oLEh GaJAh.

Tiada ulasan: